Assalamualaikum
Tahun 2013 merupakan tahun yang boleh dikatakan tahun
pencapaian saya yang terbaik. Dalam tahun 2013 saya telah mengecapi beberapa
kejayaan peribadi yang boleh dikatakan satu kejayaan pertama kali (1st time).
Kejayaan ini adalah hasil keputusan saya yang bercuti tanpa gaji & berhenti
sebagai guru pada tahun 2012 untuk sepenuh masa menjadi Perunding PruBSN Takaful.
Kejayaan ini tidaklah hebat jika dibandingkan dengan kejayaan orang lain namun saya membandingkan kejayaan ini antara saya kini dengan saya dahulu.
Passport
Perkara pertama yang saya ingin
kongsikan ialah, pertama kali dalam hidup saya telah membuat passport untuk
keluar negara. Terus daftar untuk 5 tahun sebagai satu langkah untuk menyatakan
mulai tahun 2013 saya melancong ke luar negara setiap tahun. InsyaAllah.
Bak kata Dr Azizan Osman (DAO) "jika impian mahu melancong setiap tahun tapi passport pun tiada, macam mana nak melancong derr?" :-)
Memiliki passport ini merupakan satu kejayaan kerana tanpa tujuan keluar negara
maka rakyat Malaysia tidak perlu buatkannya.
Trip GuangZhao
Dalam hidup saya adalah
pertama kali saya melancong keluar negara ialah di GuangZhou iaitu pada 3-6 Jan 2013. Trip ini saya perolehi secara percuma kerana saya berjaya memenuhi
challenge yang diberikan oleh Prudential untuk agennya. Saya pergi bersama-sama rakan niaga Al-Isra' Associates yang juga diserta oleh Quality Leader saya, Tn Hj Hafizul Hamdi dan lain-lain.
Disini saya sempat
menziarahi masjid yang dikatakan dibina oleh sahabat nabvi Muhammad s.a.w iaitu Saad Abi Waqqas dan makamnya juga terletak di masjid ini.
Trip percuma 3 hari 2 malam ini memberi saya satu
pandangan yang luas tentang kehidupan seorang muslim yang mana kita boleh
berhubung dan menjalinkan silaturahim sesama muslim diserata dunia.
Cuaca semasa ini agak sejuk.
Ketika melawat Safari :-)
Pendakian Gunung Tahan
Kejayaan yang
telah saya lakukan pada 2013 adalah mendaki gunung Tahan. Pertama kali dalam hidup
saya telah berjaya mendaki gunung. Sejak saya hidup 29 tahun inilah kali
pertama saya mendaki gunung.
Saya bersyukur kerana berjaya melepasi pendakian
ini walaupun saya tidak melakukan apa-apa persiapan jasmani dan dalam masa sama
lutut saya tidak begitu dalam keadaan baik.
3 perkara saya ingin kongsikan apa
saya perolehi dalam program ini adalah
1. Dalam kita mengejar kejayaan
dihadapan, kita mungkin akan rasa penat & ingin berhenti namun apabila kita
toleh kebelakang kita rasa tidak sampai hati mahu berpatah balik memandangkan
perjalanan sudah jauh dan apa jua situasi kita teruskan melangkah kehadapan dan
hasilnya...puncak gunung (impian) kita dapat genggami. InsyaAllah
2. Dalam kita
mengembara/bermusafir kita dapat menilai tentang diri kita bagaimana sikap kita
dalam kerja berpasukan adakah kita pentingkan diri atau sentiasa bersama
kumpulan serta berpeluang berkenalan dan mengenali rakan-rakan lebih dalam.
Masa inilah kita dapat menyelami sikap & karektor diri serta rakan2.
3.
Melihat kebesaran Allah yang mencipta alam yang penuh keunikan. Di dalam hutan
tebal masih terdiri banyak makhluknya dan mengajar kita menjadi orang
berdisiplin menghormati tempat kita pergi yang mana bukan tempat tinggal kita.
Umrah & Ziarah
Pertama kali juga dalam hidup saya telah diberi peluang oleh
Allah bersama-sama keluarga saya seramai 11 orang termasuk saya menjejak kaki
di bumi Makkah Al Mukarammah dan bumi Madinah untuk melaksanakan ibadah umrah
dan ziarah.
Pengalaman ini sangat-sangat bermakna bagi saya kerana dapat berjumpa
dengan nabi dan melihat kaabah. Saya tidak bercadang mahu ulas lanjut kejayaan
ini.
Trip Benua Eropah (Swiss, Austria, Munich & Prague)
Syukur kehadrat Ilahi saya sekali lagi dapat melancong
ke luar negara iaitu ke negara benua Eropah. Switzland, Munich, Prague & Austria. Disini
saya dapat melihat indahnya ciptaan Allah dalam musim sejuk.
Ya Allah sungguh
cantik ciptaan disana. Pertama kali saya dalam hidup melancong ke tempat ini.
Pertama kali saya bermain salji. Mengelonsor sajli. Bermain salji di puncak
Gunung Titlis yang setiap masa bersalji insyaAllah. Ya Allah..seronok.
(malu hehe)
Ini baru
nikmat dunia, macam mana ya agaknya indah di syurga.
Sempat juga bersolat di
beberapa masjid di sana. Alhamdulillah trip kami pergi ini mencari
tempat-tempat bersejarah dan perkampungan Islam.
Melawat kilang BMW
Krew IMKK 2013
Pertama kali juga
dalam hidup saya menjadi Krew IMKK Dec 2013 bersama tim RichWorks Volunteer Crew. Saya ambil inisiatif ini adalah untuk mengikut saranan DAO agar kita
hidup perlu seimbang.
Berikan masa kita untuk dunia dan akhirat. Memberi lebih
banyak pasti kita akan dapat lebih banyak. InsyaAllah.
Inilah kejayaan PERTAMA
kali yang saya nikmati pada tahun 2013. Sesuatu yang sangat saya rasa sangat
seronok. Alhamdulillah.
Sedikit perkongsian kejayaan lain yang saya kecapi juga
dalam tahun 2013 iaitu:
Trip Barcalona & Valencia
Syukur sekali lagi..pada
tahun ini saya diberi rezeki oleh Allah untuk berjaya mendapat 1 tiket untuk
melancong ke Barcalona & Valencia menerusi challenge tahunan Prudential
2013.
Syukur ya Allah. Trip ini akan dilaksanakan pada 2014 secara percuma.
Trip Ho Chi Minh
Pada tahun 2013 juga saya berjaya mendapat 2 tiket melancong
ke Ho Chi Minh yang juga akan pergi pada tahun 2014.
Trip ini ditanggung 100%
oleh Prudential. InsyaAllah
Gadjet Apple
Pada tahun ini juga saya juga berjaya
mendapat gadjet percuma iaitu 1 unit mini i-pad wifi selular 16gb
serta 1 unit
ip5c 16gb secara PERCUMA akan boleh pada tahun 2014. Alhamdulillah. Syukur.
4 Agen
Saya juga dibukakan
jalan untuk diamanahkan membantu rakan niaga baru serama 4 orang untuk saya
membantu mereka menjadi insan lebih baik daripada saya.
Saya telah dididik oleh orang lain maka saya juga perlu mendidik orang lain agar semua mampu merasa.
Saya rasa gembira kerana setiap 4 agen baru saya ini mencapai kejayaan
masing-masing.
Ada mendapat trip melancong StarCruise percuma
Ada mendapat
bonus RM1000, ada yang telah menambah pendapatan RM500-1000 sebulan.
Alhamdulillah.
Tahniah saya ucapkan. Kejayaan anda adalah hasil usaha anda,
bukan kerana saya...saya masih belum menjalankan amanah ini dengan baik.
Maafkan saya... InsyaAllah..2014 kita sama-sama mencapai kejayaan yang
indah-indah.
152 Klien
Sebenar kejayaan yang sebenar adalah saya dapat membantu
seramai 152 orang klien untuk memiliki kad perubatan & simpanan bersama
PruBSN Takaful. Setiap kejayaan saya adalah disebabkan klien saya yang sanggup
memberi kepercayaan & sokongan kepada saya.
Saya sangat-sangat berterima
kasih kepada semua klien saya.
Sebagai ganti, saya sentiasa doakan kepada semua
klien saya agar diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang melimpah
ruah halal lagi barakah, sentiasa diampukan dan dirahmati Allah.
ISTIMEWA...doa
saya ini saya lafazkan dihadapan Kaabah pada perjalanan umrah yang lalu. Kita
harap doa ini dimakbulkan Allah.
Dan kini adalah tarikh terakhir untuk 2013.
Saya telah menanam satu azam untuk saya tunaikan pada tahun 2014...iaitu...
"Pada 30 Jun 2014, saya TELAH membantu seramai 120 orang memiliki kad
perubatan & simpanan bersama PruBSN Takaful dalam usaha menambah nilai
hidup mereka untuk menjadi kehidupan lebih bermakna pada tahun 2014...insyaAllah"
Saya memyusun 10 jari, ada kekhilafan dan kesalahan dalam coretan ini.
Bukan
tujuan saya untuk membangga diri. Ini hanyalah satu cara saya untuk berkongsi
kejayaan yang dikecapi dan...saya juga menjemput kawan-kawan untuk bersama-sama
menjadi perunding kewangan agar kita dapat membantu masyarakat mendapat
perkhidmatan yang baik serta menambah baik kehidupan kita.
InsyaAllah
Selamat
Tahun Baru 2014.