Wednesday, September 21, 2016

Shopping Barang Motor

Assalamualaikum. ALHAMDULILLAH, syukur, hari ini PU'Atiq jalan2 + shopping sakan. Misi servey dan beli barang motor.

Tempat yang ditawaf adalah Campbell Complex (Depan Sogo), Pertama Kompleks dan Uptown Kota Damansara.

Antara barangan di servey adalah:

Jaket
Kasut
Seluar rider
Pouch
Beg waterproof
Helmet
Glove, mask

Jaket, kasut, seluar belum beli. Nak tunggu biker week, geng2 motor kata dapat murah time bike week. So hari ini PU'Atiq dapat beli sikit jer.

Beg Waterproof (galas) (Pertama Kompleks)
Pouch waterproof (Uptown Kota Damansara)
Kain tutup kepala dan leher (Uptown Kota Damansara)
Stokin lengan (Uptown Kota Damansara)
Sticker doa naik kenderaan (Uptown Kota Damansara)
Glove (Uptown Kota Damansara)

PU'Atiq beli barang biasa2 je, jimat dan bajet. Biar asal ada dulu.

Tadi pergi kedai Mecinda kat Pertama Kompleks, fuh barang dia semua branded. Jaket Taici RM480 hak murah, helmet RM1200. TAPI  bila pakai memang Best. Patutlah bikers beli je walaupun harga tinggi. Nanti PU boleh lah layan barang macam tu.

Aspek keselamatan amatlah dititikberatkan. Kalau eksiden, badan kita direk kena hentakan. So kasut yang sesuai, jaket, seluar semua tu perlu ada ciri keselamatan.

Walaupun nak RIDE dekat2, eloknya pakai juga set baju Protection itu.

So far puas hati jalan kali ni. Cuma geram, hahahha. Beli beg Kat Pertama tu mahal RM30 banding di uptown. Rugi2. Tapi tak pe lah, nak wat camne.

Next misi jaket, kasut, seluar diteruskan. Top box juga dalam misi seterusnya. Senang nak bawa barang dan box tepi boleh tanggalkan, senang nak cilok dalam bandar.

Ok lah, sekian perkongsian. Mana yang baik jadikan panduan. Ok.

RIDE PERTAMA

Assalamualaikum. Ride pertama bagi diri ku.

Ride bersama KVOG

Lepak Bersama Ahli Grup VKB

Minum pagi dengan geng VKB

Hari Pertama Menjadi Biker

Assalamualaikum. Hari ini hari pertama aku menjadi biker.

Tuesday, December 31, 2013

Coretan 2013 & Impian 2014

Assalamualaikum 

Tahun 2013 merupakan tahun yang boleh dikatakan tahun pencapaian saya yang terbaik. Dalam tahun 2013 saya telah mengecapi beberapa kejayaan peribadi yang boleh dikatakan satu kejayaan pertama kali (1st time).

Kejayaan ini adalah hasil keputusan saya yang bercuti tanpa gaji & berhenti sebagai guru pada tahun 2012 untuk sepenuh masa menjadi Perunding PruBSN Takaful.

Kejayaan ini tidaklah hebat jika dibandingkan dengan kejayaan orang lain namun saya membandingkan kejayaan ini antara saya kini dengan saya dahulu.


Passport

Perkara pertama yang saya ingin kongsikan ialah, pertama kali dalam hidup saya telah membuat passport untuk keluar negara. Terus daftar untuk 5 tahun sebagai satu langkah untuk menyatakan mulai tahun 2013 saya melancong ke luar negara setiap tahun. InsyaAllah. 

Bak kata Dr Azizan Osman (DAO) "jika impian mahu melancong setiap tahun tapi passport pun tiada, macam mana nak melancong derr?" :-) 



Memiliki passport ini merupakan satu kejayaan kerana tanpa tujuan keluar negara maka rakyat Malaysia tidak perlu buatkannya. 


Trip GuangZhao 

Dalam hidup saya adalah pertama kali saya melancong keluar negara ialah di GuangZhou iaitu pada 3-6 Jan 2013. Trip ini saya perolehi secara percuma kerana saya berjaya memenuhi challenge yang diberikan oleh Prudential untuk agennya. Saya pergi bersama-sama rakan niaga Al-Isra' Associates yang juga diserta oleh Quality Leader saya, Tn Hj Hafizul Hamdi dan lain-lain.

Disini saya sempat menziarahi masjid yang dikatakan dibina oleh sahabat nabvi Muhammad s.a.w iaitu Saad Abi Waqqas dan makamnya juga terletak di masjid ini.



Trip percuma 3 hari 2 malam ini memberi saya satu pandangan yang luas tentang kehidupan seorang muslim yang mana kita boleh berhubung dan menjalinkan silaturahim sesama muslim diserata dunia.


Cuaca semasa ini agak sejuk.


Ketika melawat Safari :-)



Pendakian Gunung Tahan 

Kejayaan yang telah saya lakukan pada 2013 adalah mendaki gunung Tahan. Pertama kali dalam hidup saya telah berjaya mendaki gunung. Sejak saya hidup 29 tahun inilah kali pertama saya mendaki gunung. 



Saya bersyukur kerana berjaya melepasi pendakian ini walaupun saya tidak melakukan apa-apa persiapan jasmani dan dalam masa sama lutut saya tidak begitu dalam keadaan baik. 

3 perkara saya ingin kongsikan apa saya perolehi dalam program ini adalah 

1. Dalam kita mengejar kejayaan dihadapan, kita mungkin akan rasa penat & ingin berhenti namun apabila kita toleh kebelakang kita rasa tidak sampai hati mahu berpatah balik memandangkan perjalanan sudah jauh dan apa jua situasi kita teruskan melangkah kehadapan dan hasilnya...puncak gunung (impian) kita dapat genggami. InsyaAllah 





2. Dalam kita mengembara/bermusafir kita dapat menilai tentang diri kita bagaimana sikap kita dalam kerja berpasukan adakah kita pentingkan diri atau sentiasa bersama kumpulan serta berpeluang berkenalan dan mengenali rakan-rakan lebih dalam. Masa inilah kita dapat menyelami sikap & karektor diri serta rakan2. 



3. Melihat kebesaran Allah yang mencipta alam yang penuh keunikan. Di dalam hutan tebal masih terdiri banyak makhluknya dan mengajar kita menjadi orang berdisiplin menghormati tempat kita pergi yang mana bukan tempat tinggal kita.





Umrah & Ziarah 

Pertama kali juga dalam hidup saya telah diberi peluang oleh Allah bersama-sama keluarga saya seramai 11 orang termasuk saya menjejak kaki di bumi Makkah Al Mukarammah dan bumi Madinah untuk melaksanakan ibadah umrah dan ziarah. 

Pengalaman ini sangat-sangat bermakna bagi saya kerana dapat berjumpa dengan nabi dan melihat kaabah. Saya tidak bercadang mahu ulas lanjut kejayaan ini. 


Trip Benua Eropah (Swiss, Austria, Munich & Prague)

Syukur kehadrat Ilahi saya sekali lagi dapat melancong ke luar negara iaitu ke negara benua Eropah. Switzland, Munich, Prague & Austria. Disini saya dapat melihat indahnya ciptaan Allah dalam musim sejuk. 





Ya Allah sungguh cantik ciptaan disana. Pertama kali saya dalam hidup melancong ke tempat ini. 









Pertama kali saya bermain salji. Mengelonsor sajli. Bermain salji di puncak Gunung Titlis yang setiap masa bersalji insyaAllah. Ya Allah..seronok. 



video
(malu hehe)

Ini baru nikmat dunia, macam mana ya agaknya indah di syurga. 

Sempat juga bersolat di beberapa masjid di sana. Alhamdulillah trip kami pergi ini mencari tempat-tempat bersejarah dan perkampungan Islam. 


Melawat kilang BMW






Krew IMKK 2013 

Pertama kali juga dalam hidup saya menjadi Krew IMKK Dec 2013 bersama tim RichWorks Volunteer Crew. Saya ambil inisiatif ini adalah untuk mengikut saranan DAO agar kita hidup perlu seimbang. 

Berikan masa kita untuk dunia dan akhirat. Memberi lebih banyak pasti kita akan dapat lebih banyak. InsyaAllah. 


Inilah kejayaan PERTAMA kali yang saya nikmati pada tahun 2013. Sesuatu yang sangat saya rasa sangat seronok. Alhamdulillah. 



Sedikit perkongsian kejayaan lain yang saya kecapi juga dalam tahun 2013 iaitu:


Trip Barcalona & Valencia 


Syukur sekali lagi..pada tahun ini saya diberi rezeki oleh Allah untuk berjaya mendapat 1 tiket untuk melancong ke Barcalona & Valencia menerusi challenge tahunan Prudential 2013. 




Syukur ya Allah. Trip ini akan dilaksanakan pada 2014 secara percuma. 


Trip Ho Chi Minh 

Pada tahun 2013 juga saya berjaya mendapat 2 tiket melancong ke Ho Chi Minh yang juga akan pergi pada tahun 2014. 



Trip ini ditanggung 100% oleh Prudential. InsyaAllah 


Gadjet Apple 


Pada tahun ini juga saya juga berjaya mendapat gadjet percuma iaitu 1 unit mini i-pad wifi selular 16gb 




serta 1 unit ip5c 16gb secara PERCUMA akan boleh pada tahun 2014. Alhamdulillah. Syukur. 


4 Agen 

Saya juga dibukakan jalan untuk diamanahkan membantu rakan niaga baru serama 4 orang untuk saya membantu mereka menjadi insan lebih baik daripada saya. 

Saya telah dididik oleh orang lain maka saya juga perlu mendidik orang lain agar semua mampu merasa. Saya rasa gembira kerana setiap 4 agen baru saya ini mencapai kejayaan masing-masing. 

Ada mendapat trip melancong StarCruise percuma



Ada mendapat bonus RM1000, ada yang telah menambah pendapatan RM500-1000 sebulan. Alhamdulillah. 

Tahniah saya ucapkan. Kejayaan anda adalah hasil usaha anda, bukan kerana saya...saya masih belum menjalankan amanah ini dengan baik. 

Maafkan saya... InsyaAllah..2014 kita sama-sama mencapai kejayaan yang indah-indah. 



152 Klien 

Sebenar kejayaan yang sebenar adalah saya dapat membantu seramai 152 orang klien untuk memiliki kad perubatan & simpanan bersama PruBSN Takaful. Setiap kejayaan saya adalah disebabkan klien saya yang sanggup memberi kepercayaan & sokongan kepada saya. 

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua klien saya. 

Sebagai ganti, saya sentiasa doakan kepada semua klien saya agar diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah halal lagi barakah, sentiasa diampukan dan dirahmati Allah. 

ISTIMEWA...doa saya ini saya lafazkan dihadapan Kaabah pada perjalanan umrah yang lalu. Kita harap doa ini dimakbulkan Allah. 

Dan kini adalah tarikh terakhir untuk 2013. Saya telah menanam satu azam untuk saya tunaikan pada tahun 2014...iaitu... 

"Pada 30 Jun 2014, saya TELAH membantu seramai 120 orang memiliki kad perubatan & simpanan bersama PruBSN Takaful dalam usaha menambah nilai hidup mereka untuk menjadi kehidupan lebih bermakna pada tahun 2014...insyaAllah" 

Saya memyusun 10 jari, ada kekhilafan dan kesalahan dalam coretan ini. 

Bukan tujuan saya untuk membangga diri. Ini hanyalah satu cara saya untuk berkongsi kejayaan yang dikecapi dan...saya juga menjemput kawan-kawan untuk bersama-sama menjadi perunding kewangan agar kita dapat membantu masyarakat mendapat perkhidmatan yang baik serta menambah baik kehidupan kita. 

InsyaAllah 

Selamat Tahun Baru 2014.

Sunday, November 17, 2013

Seminar Mini Magnet 2013

Bismillah,
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya bersama isteri telah dipertemukan jodoh untuk hadir ke seminar PERCUMA anjuran Richwork ( Dr Azizan Osman ) iaitu Seminar Mini Magnet 2013 bertempat di Sunway Carnival Conference Centre 17/11/2013.

Saya secara peribadi menyukai program-program DAO kerana ia sangat-sangat dapat menambah nilai hidup saya dan saya suka akan sikap serta perwatakannya semasa menyampaikan ilmu kepada pesertanya. Terima kasih DAO atas usaha Dr untuk membantu insan seperti saya.

Seminar ini saya rasa sangat bertuah kerana saya telah diberikan 1 naskah buku terbaru DAO iaitu MAGNET Kekayaan & Kejayaan secara PERCUMA. Seronoknya apabila mendapat buku ini, didoakan saya dapat memanfaat ilmu-ilmu didalamnya.


Saya juga membeli buku Kuasi Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan bernilai RM25 ini untuk mempelajari teknik membuat pemasaran dan promosi. Sudah banyak dapat yang PERCUMA kan, jadi saya keluarkan sedikit wang saya sebagai KOMITMEN saya terhadap PELABURAN ILMU saya.

Saya mahu kongsikan beberapa ilmu yang saya baru perolehi di seminar ini, ilmu ini tidak pernah saya perolehi di seminar DAO yang lain iaitu prinsip MAGENT & 5S.

Prinsip MAGNET


M - Dr Azizan mengariskan 3 takrifan untuk M iaitu Mentor, Matlamat & Melabur

M - Mentor :- seseorang itu mudah untuk berjaya apabila mempunyai MENTOR yang telah berjaya. Dengan mempunyai mentor, kita sebagai mentee akan dapat mengurangkan kesilapan yang bakal dilakukan kerana mentor akan memandu kita terus kepuncak kejayaan. Ini dapat menjimatkan masa, wang ringgit dan memaksimakan keuntungan.

M juga membawa maksud MATLAMAT. Kita harus mempunyai matlamat yang jelas. Bagaimana dikatakan kita sudah ada matlamat, mudah sahaja...apa-apa sahaja yang kita fikirkan seharusnya kita MENULISnya dibuku/vision board untuk dilihat setiap hari maka barulah ia dipanggil matlamat. Jika ia hanya didalam minda/fikiran itu masih dikenali sebagai angan-angan. Contoh saya mahukan sebuah kereta Audi TTS warna putih, apa yang perlu saya buat ialah saya mencari gambar Audi TTS warna putih dan tampal didinding untuk ditatapi saya setiap hari. :-)

M juga ditakrifkan sebagai MELABUR/MEMBERI. Maksudnya, kita perlu memberi terlebih dahulu sesuatu yang ingin kita tarik/mahu. Sesuatu yang kita inginkan seharusnya kita lakukan terlebih dahulu sebelum kita memilikinya. Memberi kebahagian akan mendapat kebahagian.


A - Dr Azizan menggariskan A sebagai ATTITUDE & ACHIEVERS

A- ATTITUDE :- orang yang mempunyai attitude yang tinggi akan mengahsilakn ENERGY yang tinggi. Ini sangat penting agar seseorang itu sentiasa segar & bersemangat.

A- ACHIEVERS :- seseorang perlu mempunyai semangat ingin mencapai sesuatu bukan hanya menunggu sesuatu.




G- GIGIH

Gigih merupakan semangat yang berkekalan yang tidak mudah putus asa. Sentiasa akan melakukan usahanya sehingga berjaya walau apa jua yang melanda

Orang rajin tidak semestinya gigih namun orang gigih boleh menjadi rajin. Sifat ini sangat-sangat perlu dimiliki oleh setiap orang yang mahu berjaya. Mempunyai semnagat "apa jua sekalipun aku mesti dapatkannya juga!"




N - NEKAD

Nekad untuk melakukan apa sahaja agar impian dapat dicapai. Walau apa terjadi aku tetap mesti buat!

Nekad yang membara inilah yang membuatkan tindakan kita tidak akan terhenti. 





E - ENERGETIC & EXCITED

Sentiasa bertenaga dan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Konsep Be - Do - Have boleh digunakan. Maksudnya, kita harus berfikir/membayangkan/mewatakan sesuatu yang kita inginkan seolah-oleh kita sudah memilikinya. Contoh, Saya ingin menjadi seorang Agensi Manager yang hebat namun sekarang saya masih seorang agen maka saya perlu membayangkan, mewatakan serta beraksi yang sekarang saya adalah Agensi Manager yang hebat seperti yang saya inginkan kelak. Maka, pasti apa saya ingin kan ini tercapai!


T - TINDAKAN LUAR BIASA & TAWAKAL

Setelah kita sudah mempunyai ramuan MAGNE maka akhirnya kita perlu membuat TINDAKAN LUAR BIASA supaya memperolehi HASIL YANG LUAR BIASA. Mana mungkin kita lakukan tindakan biasa-biasa akan menghasilkan tindakan luar biasa.

Selepas itu, kita BERTAWAKAL kepada ALLAH yang MAHA ESA yang akan meluluskan apa yang kita impikan.



Inilah maksud MAGNET yang telah diajar oleh DAO dalam seminar tadi.

DAO juga menceritakan satu ilmu perumpamaan yang dinyatakan oleh gurunya tentang cabaran yang lebih besar bakal ditanggung apabila sudah semakin berada diatas. 

Perumpamaannya ialah apabila kita bermain layang-layang. Apabila layang-layang kita semakin naik di atas tinggi maka anginnya juga kencang. Maka dugaannya semakin kuat. Maka ada 2 situasi iaitu melepaskan layang-layang itu terbang mengikut angin itu atau kita menguatkan pegangan talinya. Maka sebaiknya kita kuatkan pegangan talinya agar layang-layang tidak terputus talinya.

Apakah persiapan yang perlu dilakukan sebelum kita jauh naik keatas? Caranya adalah dengan TEKNIK 5S.

Pertama
S- SYUKUR :- kita perlu banyakkan syukur. syukur kerana masih hidup dalam aman. Tanda orang syukur adalah dengan banyaknya dia senyum

Kedua
S- SEDEKAH :- tanda orang syukur juga adalah berapa banyak dia bersedekah. Sedekah akan mengandakan rezeki kita. Orang yang suka/banyak memberi adalah orang yang KAYA JIWA.

Ketiga
S- SUJUD :- semakin banyak kita dapat rezeki maka kita perlu semakin banyak sujud kepadanya. Bukan hanya 5 yang wajib namun ditambah dengan yang sunat. Solat sunat sebelum & selepas solat fardhu, solat sunat dhuha, taubat, tahajud dan lain-lain. 

Ke-empat
S- SUCI :- sucikan jiwa dengan istighfar agar membuatkan hati menjadi bersih daripada dosa

Ke-lima
S- SELAWAT :- perbanyakkan selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w agar kita mendapat syafaatnya serta dapat selawat daripada ALLAH keatas kita.


Saya rasa ilmu DAO kongsikan tadi sangat bermakna bagi saya. Didoakan DAO sentiasa sihat & bahagia dunia akhirat serta mampu membantu lebih ramai bangsa kita supaya CERDIK MINDA.

Antara ucapan DAO yang dibicarakan ialah :

Orang kita banyak tak tahu peluang yang ada depan mata. Ramai yang bersikap TAK NAK AMBIL TAHU. Menimba ILMu jarang sekali. Terasa SELESA dengan hidup walau dihimpit masalah KEWANGAN. Hanya luah diMULUT tapi tidak dengan TINDAKAN. Lakukan sesuatu...


Bila ada MASALAH maka wujud BISNES. Lagi banyak masalah lagi banyak peluang bisbes. Bisnes menyelesaikan masalah orang. Kekuatan bisnes anda bergantung kuat mana masalah orang hadapi. Faham ke Faham?


Ekonomi Melayu LEMAH! Itu adalah realiti kerana ramai Melayu buat income 1/10 dan bangsa lain buat income 9/10. Buatlah tunggang langgang kerja keras hak 1/10 memang pasti tidak akan mampu lawan 9/10! Fikirkan...buatlah sesuatu ubtuk keterunan sendiri ~DAO Seminar Mini Magnet 2013~


10 tahun akan datang berapa kali ganda gaji yang bakal kita dapat dan berapa kali ganda beban akan meningkat?
10 tahun lalu banding hari ini harga rumah naik berkali ganda. 10 tahun akan datang?
Fikirkan... Kenaikan Gaji VS Kenaikan Kos 


Sekian dahulu perkongsian saya hari ini, agar ia bermanfaat untuk kita semua.



'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates Sdn Bhd

0129093444
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
www.fb.com/MentorUsahawanTakaful



“Have a friend that wants to save money? Forward this message to them with my contact information and your honest thoughts about my services. Your friend will thank you for saving money and I’ll thank you for the compliment.” 

Click Here to Get a Free Takaful Quote :- FREE QUOTE

Pengenalan Diri Saya

Assalamualaikum

Saya insan bernama 'Atiqurrahman Bin Abd Aziz, berasal dari Terengganu.






Tugas saya membantu ramai orang menyelesaikan masalah kewangan untuk membiayai bil hospital & melindungi pendapatan mereka.

Laman ini merupakan medan saya untuk mencoretkan sesuatu saya pelajari, lalui untuk berkongsi dengan anda semua.

Semoga perkongsian ini dapat menambah nilai hidup anda.

Sekian, terima kasih.


'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates Sdn Bhd

0129093444
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
www.fb.com/MentorUsahawanTakaful